Islamic Widget

Isnin, 14 Jun 2010

Nasyid Pilihan


APAKAH SOLAT MENGHORMATI WAKTU?

Solat menghormati waktu ialah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas(kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayammum) dan juga solat yang tidak dapat menghadap kiblat. Solat ini WAJIB di qada semula setelah beroleh air atau tanah ataupun dapat menghadap kiblat kembali. Kita juga boleh mengqada' solat solat hormat waktu ini secara jama' ataupun qasar dengan syarat kita masih berada di dalam musafir.
Apabila kita telah kembali ketempat asal maka solat hormat waktu mestilah diqada' secara sempurna. Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir dan kita masih belum mendapatkan air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayammun bagi megqada' solat maka memadai solat menghormati itu telah diterima Allah.
Sebaliknya jika kita berpeluang untuk mengqada' solat hormat waktu ini setelah adanya air atau tanah tetapi kita masih melengahkannya maka kita dikira berdosa.

PROGRAM AMALI SEMBELIHAN MENURUT ISLAM

Tarikh : 10 Rabiul Awal 1431H/ 24 Februari 2010M

Hari : Rabu

Masa : 7.00 – 11.00 pagi.

Sasaran : Homeroom Pelajar Tingkatan 5 (Muslim sahaja)

PENDAHULUAN

Penyembelihan adalah salah satu cara untuk mematikan binatang dan menghalalkan dagingnya. Penyembelihan menurut bahasa ialah Thayyib iaitu mengelokkan. Pengertian kedua adalah Tatmim membawa maksud menyempurnaan iaitu menyempurnakan apa yang diharuskan dengan cara sembelihan.

Dalam Surah Al-Maidah ayat ke 3 bermaksud:

“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain selain Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala.”

Objektif:

1- Memberi pendedahan tentang kemahiran menyembelih menurut Islam.

2- Menerapkan nilai kasih sayang antara manusia dan binatang.

3- Memupuk kerjasama daalam kalangan pelajar dalam aktiviti penyembelihan.

PENGERTIAN

Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara memutuskan urat halkum dan urat marik dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.

HUKUM

Wajib dengan tujuan untuk dimakan dagingnya.

Binatang yang mati tanpa disembelih atau sembelihan yang tidak mengikut syarak adalah haram dimakan dan ia dikira sebagai bangkai dan najis.

RUKUN SEMBELIHAN

1-PENYEMBELIH

SYARAT SAH :

  1. Islam
  2. Tidak Dalam Ihram Haji Atau Umrah

2- BINATANG YANG DISEMBELIH

SYARAT SAH :

  1. Halal Dimakan
  2. Mati Dgn Sekali Sembelihan
  3. Putus Urat Halkum & Merik

3- ALAT SEMBELIHAN

SYARAT SAH :

  1. Benda Yang Tajam Kecuali Gigi , Tulang, Kuku Dan Tali.

PERKARA SUNAT

  1. Menyebut nama Allah seperti membaca Bismillah , takbir serta berselawat .
  2. Menyembelih bahagian pangkal leher dengan memutuskan kedua-dua urat.
  3. Menghadapkan binatang ke arah kiblat dengan membaringkannya ke sebelah rusuk kiri.
  4. Menggunakan alat sembelihan yang tajam.
  5. Melakukan sembelihan disiang hari.

PERKARA MAKRUH

  1. Menggunakan alat / pisau yang tumpul.
  2. Menampakkan alat sembelihan kepada binatang yang hendak disembelih.
  3. Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang.
  4. Tidak membaca Bismillah.
  5. Menghalakan binatang ke arah selain kiblat.
  6. Melakukan sembelihan dihadapan binatang lain yang hendak disembelih.

Hubbud dunya (Cintakan Dunia....)

Slide 2
sekadar gambar hiasan

KEPENTINGAN MENJAGA DIRI DAN MARUAH
Slide 2
Setiap muslim wajib menjaga diri dan maruah daripada melakukan perbuataan mencemarkan nama baik dan menjatuhkan kehormatan diri sendiri. Umat bermaruah ialah umat yang memiliki jati diri dengan berpengang kepda ajaran islam dan tidak terpengaruh dengan unsur asing yang merosakkan
Slide 3
CARA MENJAGA DIRI DAN MARUAH
Slide 3
1.CARA BERPAKAIAN
•Menutup aurat, tidak ketat dan tidak jarang
•Kemas dan bersih
•Tidak memakai pakaian berlambang yang diharamkan dan tidak sesuai bagi seorang muslim
Slide 4
2.CARA PERGAULAN
•Memberi salam dan berjabat tangan ketika bertemu
•Menjaga tatasusila dan hukum syarak
•Hormat-menghormati, ramah mesra, kasih sayang antara satu sama lain
•Bertukar-tukar pendapat dan pandangan
•Menjaga rahsia dan keaiban orang lain
•Mementingkan sahabat lebih dari diri sendiri
Slide 5
3.CARA PERCAKAPAN
•Menggunakan perkataan yang baik dan sopan
•Bertutur dengan lembah lembut
•Percakapan yang menyenangkan
•Bahasa sopan bila berinteraksi
•Bercakap tentang perkara yang membawa kemajuan diri, masyarakat dan Negara
•Bercakap benar
Slide 6
AKIBAT TIDAK MENJAGA DIRI DAN MARUAH
Slide 61.Hidup tidak diberkati
2.Jauh daripada petunjuk ALLAH SWT
3.Mendapat dosa melanggar syariat ALLAH SWT
4.Terpinggir kerana dipulau rakan dan masyarakat sekeliling
5.Mendorong berlakunya kes jenayah
6.Rogol dan sumbang mahram
7.Lahir masyarakat kucar kacir dan Negara tidak tenteram
8.Menyukarkan pembinaan tamadun
9.Masyarakat memandang rendah dan meghina orang tidak bermoral