Islamic Widget

Isnin, 14 Jun 2010

PROGRAM AMALI SEMBELIHAN MENURUT ISLAM

Tarikh : 10 Rabiul Awal 1431H/ 24 Februari 2010M

Hari : Rabu

Masa : 7.00 – 11.00 pagi.

Sasaran : Homeroom Pelajar Tingkatan 5 (Muslim sahaja)

PENDAHULUAN

Penyembelihan adalah salah satu cara untuk mematikan binatang dan menghalalkan dagingnya. Penyembelihan menurut bahasa ialah Thayyib iaitu mengelokkan. Pengertian kedua adalah Tatmim membawa maksud menyempurnaan iaitu menyempurnakan apa yang diharuskan dengan cara sembelihan.

Dalam Surah Al-Maidah ayat ke 3 bermaksud:

“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain selain Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala.”

Objektif:

1- Memberi pendedahan tentang kemahiran menyembelih menurut Islam.

2- Menerapkan nilai kasih sayang antara manusia dan binatang.

3- Memupuk kerjasama daalam kalangan pelajar dalam aktiviti penyembelihan.

PENGERTIAN

Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara memutuskan urat halkum dan urat marik dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.

HUKUM

Wajib dengan tujuan untuk dimakan dagingnya.

Binatang yang mati tanpa disembelih atau sembelihan yang tidak mengikut syarak adalah haram dimakan dan ia dikira sebagai bangkai dan najis.

RUKUN SEMBELIHAN

1-PENYEMBELIH

SYARAT SAH :

  1. Islam
  2. Tidak Dalam Ihram Haji Atau Umrah

2- BINATANG YANG DISEMBELIH

SYARAT SAH :

  1. Halal Dimakan
  2. Mati Dgn Sekali Sembelihan
  3. Putus Urat Halkum & Merik

3- ALAT SEMBELIHAN

SYARAT SAH :

  1. Benda Yang Tajam Kecuali Gigi , Tulang, Kuku Dan Tali.

PERKARA SUNAT

  1. Menyebut nama Allah seperti membaca Bismillah , takbir serta berselawat .
  2. Menyembelih bahagian pangkal leher dengan memutuskan kedua-dua urat.
  3. Menghadapkan binatang ke arah kiblat dengan membaringkannya ke sebelah rusuk kiri.
  4. Menggunakan alat sembelihan yang tajam.
  5. Melakukan sembelihan disiang hari.

PERKARA MAKRUH

  1. Menggunakan alat / pisau yang tumpul.
  2. Menampakkan alat sembelihan kepada binatang yang hendak disembelih.
  3. Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang.
  4. Tidak membaca Bismillah.
  5. Menghalakan binatang ke arah selain kiblat.
  6. Melakukan sembelihan dihadapan binatang lain yang hendak disembelih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan